Total Pageviews

Tuesday, July 19, 2011

Pertimbangan Dalam Memilih Jenis Lampu Bagi Menjimatkan Bil Elektrik



Saya nak kongsikan tips bagi menjimatkan bil elektrik anda. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda menjimatkan bil elektrik bulanan anda. Bagi kebanyakan pengguna di negara ini, mereka sudah biasa menggunakan lampu 'incandescent' berbanding 'fluorescent' (CFL). Namun, fakta yang perlu anda tahu ialah lampu incandescent lebih banyak menggunakan tenaga elektrik berbanding fluorescent. Lampu kompak fluorescent (CFL) dikatakan mampu menjimatkan tenaga, kerana hanya menggunakan kuasa 15 Watt berbanding lampu incandescent menggunakan kuasa sehingga 75 Watt. Mengikut teori kuantiti cahaya yang dihasilkan sesebuah lampu disukat dalam unit Lumen dan ia digunakan bagi mengukur penghasilan cahaya yang terhasil. Ternyata, lampu CFL dan incandescent menghasilkan 900 Lumen cahaya, tetapi pengguna perlu ingat pengiraan tahap keberkesanan Lumen diukur apabila 'output' Lumen itu dibahagikan dengan jumlah kuasa yang dihasilkan bagi setiap lampu. Contohnya, lampu CFL memiliki output Lumen sebanyak 900 dan ia dibahagikan dengan kuasa digunakan, contohnya 15 Watt dan hasilnya ialah 60 Lumen setiap Watt. Sementara lampu incandescent yang menghasilkan 900 Lumen perlu dibahagikan dengan penggunaan tenaga 75 Watt dan keberkesananya 12 Watt setiap Lumen. Mengikut Penasihat Kanan Philips Asia Pasifik Untuk Pencahayaan, K Seshadri, CFL adalah salah satu inovasi baru yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik selain lebih terang berbanding dengan lampu tradisional."Lampu CFL mampu menjimatkan tenaga sehingga 80 peratus bagi menghasilkan jumlah cahaya yang sama di keluarkan oleh lampu incandescent," Menurutnya, pengguna perlu sedar lampu incandescent mengeluarkan suhu panas yang menyebabkan penggunaan elektrik berlebihan." Kita tidak perlu suhu panas kerana cuaca di negara kita sudah pun panas," Ketika kita membuka suis lampu incandescent, ia akan menghasilkan karbon dioksida yang banyak. Oleh itu bagi menghasilkan teknologi pencahayaan efisyen maka pemilihan lampu jenis CFL adalah disyorkan. Justeru itu pengguna di negara ini perlu menggunakan lampu yang menjimatkan bagi mengelak menanggung kos yang tinggi. Harga lampu incandescent di pasaran ialah antara RM1.20 hinggaRM1.50, tetapi lampu CFL sekitar RM15 keatas. Bagaimanapun, jangka hayat kedua-dua lampu ini adalah berbeza. Jangka hayat lampu CFL menjangkau sehingga 6,000 atau 8,000 jam, tetapi lampu incandescent hanya 1,000 jam sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif Philips Malaysia Sdn Bhd, Dr R Kumar, berkata kajian syarikat itu mendapati jika setiap isi rumah (kira-kira 5.5 juta) di negara ini, menukar lampu incandescent ke lampu CFL, ia mampu memberi penjimatan kira-kira RM400 juta setiap tahun.

No comments:

Post a Comment