Total Pageviews

Thursday, January 20, 2011

Se Petang De Wang Angin

Se Petang De Wang Angin

wang-angin-4Wang Angin, satu daerah yang berbukit bukau sudah tak asing lagi bagi para penggemar basikal bukit negeri Perlis. Terletak 11km di Barat Laut bandar Kangar, ianya memberi kemudahan trek petang (kayuhan mula 05:40 ptg) yang ideal kepada kami dengan gabungan tarmac 14km dan offroad 4km pergi balik. Pendakian berjarak 2km dengan kenaikan 200m ini memakan masa 15 -35 minit sementara kayuhan tarmac 7km mengambil masa 25 minit. Kebiasaannya kami mengambil masa 15 minit untuk berehat dan berhandai-handai di Wakaf yang terletak di atas bukit sebelum berkayuh turun downhill untuk sampai di rumah jam 07:00 ptg.

Trek ini kami jumpai sekitar tahun 2004 dan sejak itu kerap dikunjungi tanpa rasa cemuih. Wang Angin merupakan kawasan dusun buah-buhan yang berbukit bukau, diterokai penduduk tempatan berpuloh-puloh tahun yang lalu dengan tanaman Durian, Manggis, Cempedak, Petai dan yang sewaktu dengannya. Trek ini yang satu waktu dahulu hanyalah denai pejalan kaki dibina untuk kemudahan orang-orang kampong berulang-alik ke dusun masing-masing. Sempadan Malaysia-Thai membelah rabung permatangnya dari Utara ke Selatan menyebabkan pengunjung ke dusun ini mudah terbabas atau sengaja membabaskan diri ke luar negeri.

Trek offroad nya bermula dengan 300m yang berkecerunan nan manja bagai menyambut kedatangan kami yang memeriahkan daerah sepi tak berpenghuni ini. Saat untuk kami menukar gear dan persediaan mental untuk jamuan kenduri yang bakal dihadapi. Hidangan (dibaca: Pendakian) bermula dengan selekoh Z (N pun boleh juga) bercerun hampir 40° dengan jarak 50m untuk di krabat , di sini lah ramai pengayuh tumpas kalau tak betul imbangi badan ataupun kekurangan kuasa kuda atau disebabkan badan tak berapa sehat (alasan provokasi Che Ros). Diikuti 150m trek berikut bercerun 20° – 30° dengan 2 selekoh untuk tiba di wakaf pertama di penjuru selekoh dengan pemandangan kawasan sawah padi dan hutan Bukit Bintang saujana mata memandang. Ini sahajalah tempat yang ada view kerana yang selebihnya dilindungi pokok-pokok dan bukit.

Trek seakan memahami, memberi peluang untuk bernyawa (dibaca: bernafas) sejauh 40m yang rata di ikuti pendakian 20° – 30° berjarak 200m juga dengan 2 selekoh sebelum dihidang pendakian curam pendek kedua bercerun 40ยบ dengan jaraknya 20m. Sekali lagi disedekahkan 100m jalan rata bagi memberi peluang rehat untuk mengurangkan cungapan selepas menikmati hidangan kedua ini, kebanyakan riders dah pun bercerau peluh dan bagi yang tak sehat, mula nampak bintang Kejora. Pendakian bahagian ketiga pula berzigzag 3 selekoh dengan jarak 200m berkecerunan sekitar 30°, disini permukaan treknya kasar dengan batu-batu timbul yang licin akibat hakisan air hujan dan sungguh tidak sesuai untuk tempat jatuh kerana munurut rakan yang pernah tewas kat sini, sakitnya terlampau. Melepasi pendakian ini jalan menjadi rata semula sejauh 30m memberi peluang kami menarik nafas lega sekali lagi. Kayuhan disusuli dengan pendakian 40° yang pendek berjarak 25m sebelum dihadiahkan jalan rata sejauh 100m lagi.

W A 11

Stage yang berikut merupakan kemuncak kepayahan, tempat ini kami beri nama jolokan Bukit Panjang. Sesuai dengan namanya, pendakian berjarak 350m dengan 150m pertama bercerun 30° dan baki 200m bercerun 40°. bagi yang average kalau tak pandai budget kudrat maka pasti akan tewas di pendakian ini. Bagi saya setelah bertahun melewati pendakian ini hanya di tahun kedua baru dapat straight kayuh dari bawah hingga ke atas. DSC02211

Suasana dusun buah-buahan, Jika musim buah jenuh makan buah tajaan pengusaha dusun.

Jika bukit ini dapat dilepasi, trek yang selebihnya rileks sikit sebab jalan landai 50m menanti diikuti downhill 100m dan pendakian curam 40° terakhir sejauh 50m lagi (tempat menghabiskan sisa kudrat yang last). Dihujung downhill 100m menanti singgahsana berbumbung biru yang amat menawan kalbu bagi kami yang tengah kepenatan teramat lalu mencari tempat buat melabuhkan punggung bagi menarik nafas panjang – pueh.

No comments:

Post a Comment