Bukit Wang - Pencarian Laluan
Jarak: 32km
Masa: 2 jam 20 minit
Sekali lagi, pencarian laluan baru utk trial Bukit Wang di lakukan. Mungkin sesetengah laluan yg dinyatakan dalam blog ini telah pernah dilalui( namun tidak diketengahkan), maka kebertanggungjawaban kami dalam merintis jalan ini adalah semata-mata utk dinikmati oleh para rider kemudiannya.
Kedah Jamboree 2009 telah berlalu, kebarangkalian ulangannya adalah rendah. Sehubungan dgn itu, pencarian-pencarian ini adalah utk melengkapkan lagi trial BUKIT WANG dan ada kemungkinan Mini Kedah Jamboree(ATAU APA SAJA NAMA YG BERSESUAIAN) akan direalisasikan. Apapun tunggu...!!!!!!!

Kelajuan Kayuhan mereka tu sampai Boleh potong Motor nyonya tu. Kayuhan menuju Bukit Wang melalui jalan hospitan(Jalan Ke Malau)
Membelok ke arah Taman Cermai
Melalui Laluan Paip Gas
Lalauan Paip ini berada di belakang kampung KEDA Malau(Dikiri gambar adalah Kg. KEDA)
Memintas masuk ke Kebun Getah ke arah kawasan ternakan ayam(Kami gelar = Reban Ayam)
Merentasi anak sungai - berada dalam kawasan dusun
Kawasan teres getah
Laluan dihalangi dgn pagar berduri
menunjukkan kesinambungan laluan yg bercantum dgn Bukit CP3
Terpaksalah melintas pagar berduri.
Saling bantu membantu mengangkat basikal menyeberangi pagar
laluan yg harus diikuti dan dibersihkan ..
Perjalanan yg terpaksa diteruskan - Bukit yg telah digondolkan dan masih kelihatan kesan pembakaran terbuka
Setelah kembali ke Jalanraya utk memasuki laluan belakang Bukit Wang, bersua dgn Geng PerlisPowerMTB dan Malakoff- kayuhan Padang Terap ke Wang Kelian
Disini ..Cikgu memaklumkan ada lagi laluan motocross yg ditinggalkan kerana balak yg merintangi laluan itu .. akan di tinjau kemudian nanti
Di dalam kawasan Kelapa Sawit - Tayar tercabut ..hati-hatilah tuan/puan ..ketatkan QR anda
Di laluan Rekreasi Bukit Wang










No comments:
Post a Comment